SPRM masih belum panggil pemimpin Pas - Utusan Malaysia

SPRM masih belum panggil pemimpin Pas

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada tokoh agamawan sempena Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Anugerah Pendidikan Islam Negeri Terengganu Tahun 2022 di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) masih belum memanggil pemimpin Pas berhubung siasatan terhadap 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini, beliau juga tidak tahu siapakah individu yang dipanggil untuk melancarkan lagi siasatan SPRM tersebut.

“Bagaimanapun kita sedia bekerjasama dengan SPRM sekiranya diperlukan. Namun setakat ini, masih belum ada mana-mana pemimpin Pas yang dipanggil untuk memberi keterangan.

“Bukan sahaja SPRM, kita sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan yang lain,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Anugerah Pendidikan Islam Negeri Terengganu Tahun 2022 di Taman Tamadun Islam dekat Losong di sini hari ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan SPRM telah mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 yang lalu.

Menurut sumber daripada agensi tersebut, ia bagi membantu siasatan berhubung video tular yang menunjukkan orang ramai dikatakan menunggu di hadapan sebuah bangunan untuk menerima bayaran daripada PAS bagi tujuan mengundi.

Dalam perkembangan lain Ahmad Samsuri berkata, pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diyakini tidak akan menjejaskan persediaan Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Kalau tak silap saya, dari segi peraturan, ia tidak akan dibekukan sampai bila-bila. Ia ada tempoh dan insya-Allah jika PRN kita tidak berlangsung dalam waktu terdekat ini, maknanya saya percaya akaun Bersatu setelah disiasat dan tidak ada apa-apa, akan dibuka kembali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya