Speaker Dewan Rakyat pula didakwa amal nepotisme

Speaker Dewan Rakyat pula didakwa amal nepotisme

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul didakwa melantik anaknya, Mohammed Iqbal sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya. 

Isu itu timbul yang dianggap sebagai satu lagi dakwaan amalan nepotisme selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan. 

Dakwaan itu dibangkitkan oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard dalam ciapannya di Twitter pagi ini yang mempersoal tindakan Johari mengenai pelantikan itu. 

Lebih mencurigakan apabila Badrul Hisham mendakwa, bahawa nama penuh telah dipinda di dalam direktori kakitangan dalam talian Parlimen dengan nama Johari sebagainya dipadam untuk menutup kemungkinan hubungan keluarga kedua-dua individu berkenaan.

“Awalnya dalam direktori staf ada tertera nama Mohammed Iqbal bin Johari sebagai PTTK (Pegawai Tugas Khas).

“Namun lepas Nurul Izzah kantoi dilantik penasihat Anwar, direktori diedit (sunting) bin Johari dipadam. Semua ada bin kecuali satu nama… kenapa?” soalnya.

Sambil melampirkan tangkap layar menunjukkan percanggahan antara direktori Parlimen dan jalan carian Google, Badrul Hisham kemudian meminta penjelasan daripada Johari mengenai perkara itu. 

“@JohariAbdul5 ada penjelasan? Anak sendiri?,” soalnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN