PETALING JAYA: Pelakon, Fattah Amin memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki, petang semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah turut mendedahkan nama putera sulungnya itu Muhammad Jarir Umar.
“Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam,” katanya.
Menerusi hantaran yang sama, Fattah turut memuat naik gambar anaknya, namun memilih untuk tidak mendedahkan wajah bayi tersebut.
Dalam pada itu, Fattah turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang sering mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang tempoh kehamilan.
“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy dan Daddy,” ujarnya.
Untuk info, Fattah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.










