PETALING JAYA: Kepulangan ke tanah air 35 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kumpulan pertama (MAS-01) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gaziantep, Turkiye diiringi dengan sorakan dan tepukan gemuruh warga tempatan.
Video mengenai kepulangan mereka yang riuh dengan sorakan tular dalam media sosial, tanda penghargaan penduduk selepas berhari-hari anggota terbabit terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di wilayah Gaziantep.
Kumpulan penyelamat tersebut tidak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.20 tengah hari tadi melalui penerbangan Turkish Airlines.
Ketibaan mereka disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, SArawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali.
Turut sama menyambut ketibaan anggota terlibat adalah Duta Turkiye di Malaysia, Emir Salim Yuksel.
Menurut Armizan, pasukan penyelamat Malaysia menjalankan misi SAR di Gaziantep bermula 8 Februari lalu. – UTUSAN