MBSB Bank permudah urusan gaji dengan WorksForMe

MBSB Bank permudah urusan gaji dengan WorksForMe

SOO Bee Teong (kiri) bersama Usman Ghouse.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank melancarkan inisiatif terbaharunya, WorksForMe iaitu satu penawaran akaun gaji yang direka khas untuk memudahkan proses penyimpanan dan perancangan masa depan kewangan yang fleksibel dan bermakna. 

Disasarkan kepada kumpulan pekerja bergaji, pekerja bebas (freelancer), pekerja gig serta individu yang mempunyai pendapatan sampingan yang semakin meningkat di Malaysia, WorksForMe direka khas bagi mereka yang membuat keputusan kewangan secara lebih bijak serta memerlukan institusi kewangan yang menyokong perjalanan kewangan mereka.

Bank berkata, pelanggan kini boleh menikmati pelbagai manfaat hanya dengan menggunakan perkhidmatan perbankan MBSB Bank, tanpa syarat yang rumit atau terma tersembunyi.

Ketua Liabiliti dan Proposisi, Perbankan Pengguna Kumpulannya, Soo Bee Teong berkata, masyarakat hari ini semakin celik kewangan. 

“Justeru, mereka perlu diberikan alat yang sejajar dengan gaya hidup dan matlamat kewangan mereka. 

“Menerusi WorksForMe, kami menjadikannya mudah. Pelanggan hanya perlu mengkreditkan pendapatan ke dalam akaun MBSB Bank untuk menikmati pelbagai ganjaran, manfaat dan fleksibiliti. Tiada syarat keterlaluan. Tiada kerumitan. Hanya nilai sebenar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua Perbankan Pengguna Kumpulan, Usman Ghouse berkata, pihaknya percaya bahawa proses menyimpan dan membina kekayaan perlu menjadi lebih mudah dan mesra pengguna.

“WorksForMe ialah cara menunaikan janji kami iaitu memastikan setiap ringgit yang anda simpan, belanjakan atau laburkan bersama MBSB Bank menyumbang kepada masa depan kewangan yang lebih kukuh,” ujarnya.

Bank berkata, antara manfaat utama yang ditawarkan menerusi WorksForMe adalah pengeluaran mesin pengeluaran wang automatik (ATM) percuma di semua mesin ATM Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) di seluruh negara. 

Selain itu, pengguna juga mendapat akses wang anda tanpa caj tambahan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, nikmati faedah eksklusif apabila membuka akaun baru dengan MBSB Bank dari tiada keperluan deposit awal untuk kadar keuntungan yang menarik dan lebih banyak lagi ganjaran untuk akaun bersama dengan anak.

Tambahnya, manfaat lain termasuk menikmati kadar yang kompetitif pada pakej pembiayaan peribadi, rumah dan kenderaan dan pelaburan unit amanah dengan caj jualan serendah 1.0 peratus menerusi perantara dana yang dipercayai memberikan akses kepada dana berkualiti tinggi dengan halangan kemasukan yang rendah.

“WorksForMe membantu pelanggan celik kewangan dalam mengatasi cabaran ‘bias masa kini’, iaitu kecenderungan untuk mengutamakan keperluan jangka pendek berbanding matlamat jangka panjang. 

“Inisiatif ini memacu pengguna ke arah keputusan kewangan yang lebih bijak dengan memberikan kawalan dan fleksibiliti yang lebih besar,” jelansya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN