SMART keluarkan tiga mangsa gempa bumi

SMART keluarkan tiga mangsa gempa bumi

PASUKAN Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) mengeluarkan tiga mangsa gempa bumi di Gaziantep, Turkiye.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye berjaya menemukan tiga mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan tujuh tingkat, semalam

Pada hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR), pasukan pertama dikenali sebagai MAS-01 SMART berjaya mengeluarkan mangsa bencana gempa bumi yang membabitkan lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak.

Selepas berhempas pulas selama dua jam menggunakan peralatan khas, pasukan MAS-01 SMART berjaya mengeluarkan ketiga-tiga mangsa, namun malangnya mereka sudah meninggal dunia. 

“Pasukan MAS-01 SMART telah diatur gerak ke satu lokasi bangunan tujuh tingkat yang runtuh di Nurdagi, Gaziantep. Dipercayai tiga mangsa telah terperangkap di runtuhan ini.

“Setelah dua jam menggunakan peralatan khas, pasukan telah berjaya menjumpai tiga mangsa iaitu satu lelaki, satu perempuan dan satu kanak-kanak.

“Semua mangsa yang ditemui telah pun meninggal dunia. Salam takziah,” kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma)  di Facebook, hari ini.

Pasukan pertama SMART berada di Gaziantep sejak semalam misi SAR gempa bumi di kawasan ground zero dimulakan oleh 70 pegawai dan anggota pasukan pertama SMART selepas diterbangkan ke Turkiye, Isnin lalu.

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter melanda Kahramanmaras, wilayah selatan Turkiye, pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu, yang turut menjejaskan beberapa kawasan di Syria.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya