Simpanan KWSP susut 50 peratus, tak boleh keluar

Simpanan KWSP susut 50 peratus, pengeluaran tidak lagi dibenarkan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 6.7 juta ahli atau 51.5 peratus daripada 13.1 juta ahli berumur 55 tahun mempunyai simpanan RM10,000, sekali gus kerajaan menegaskan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia antara sebab mengapa keputusan itu diambil, malah mereka yang mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 itu melibatkan kumpulan B40 dan M40.

“Jumlah simpanan antara kaum juga meluas purata simpanan ahli Melayu yang melibatkan 7 juta ahli pada April 2020 sebelum dibenarkan pengeluaran ialah RM16,900 tetapi pada 2022 hanya tinggal RM5,500 sahaja.

“Peratusan penurunan ahli bumiputera lain sebanyak 1.4 juta ahli daripada RM10,600 turun kepada RM3,300 sahaja yang tinggal dalam simpanan.

“Oleh kerana itulah mengapa kita tidak bercadang untuk memberikan lagi pengeluaran ini,” kata Ahmad dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan turut berkata, keputusan itu juga mengambil kita pandemik Covid-19 telahpun selesai, malah moratorium pinjaman dan pemberian subsidi upah juga sudah tidak diteruskan.

Selain itu, jumlah purata simpanan ahli melibatkan semua kaum telah berkurangan sebanyak 50 peratus iaitu RM16,100 pada 2019 iaitu sebelum Covid-19 melanda kepada RM8,100 selepas pengeluaran dibenarkan.

Tambah beliau, sebanyak RM145 billion telah dikeluarkan oleh 8.1 juta ahli semasa Covid-19 melanda negara.

Mengikut pecahan seramai 5.3 juta ahli mengeluarkan RM20.8 billion dalam skim i-Lestari, 6.6 juta ahli mengeluarkan RM58.7 billion dalam i-Sinar, 5.5 juta ahli mengeluarkan RM1.4 dalam i-Citra.

Manakala pengeluaran khas dari April hingga mei 2022 melibatkan 6 juta ahli yang mengeluarkan RM4.6 billion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN