Sesak dengan pelancong

Sesak dengan pelancong

PARA pelancong tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan dengan latar belakang menarik di lokasi tumpuan di sepanjang Lebuh Armenian, Pulau Pinang, baru-baru ini. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN

CUTI persekolahan ketika ini menyaksikan lokasi-lokasi pelancongan di sekitar Pulau Pinang sesak dengan kehadiran orang ramai khususnya pelancong.

Antara lokasi menjadi tumpuan adalah di sekitar Lebuh Armenian, George Town yang terkenal dengan pelbagai tarikan seperti replika hasil seni dan bangunan bersejarah.

Kehadiran pelancong dijangka semakin meningkat khususnya ketika hujung minggu ditambah dengan pembukaan lebih banyak penerbangan terus sama ada destinasi domestik atau antarabangsa khususnya sepanjang bulan depan. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN