Sanggup berhenti kerja jaga ayah, ibu

Sanggup berhenti kerja jaga ayah, ibu

MOHD. Saifullizan Abdullah (kiri) menjaga ibu, Senayah Embong dan ayahnya, Abdullah Mohamad di Kampung Losong Haji Awang, Kuala Terengganu. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Demi kasih terhadap ibu bapanya, seorang lelaki sanggup berhenti kerja dan menjaga dua insan disayangi itu yang dalam keuzuran sejak tujuh tahun lalu.

Bekas pengawal keselamatan itu, Mohd. Saifullizan Abdullah, 47, dari Kampung Losong Haji Awang di sini berkata, ibunya, Senayah Embong, 76, diserang strok pada 2016, selain penyakit kencing manis manakala bapanya, Abdullah Mohamad, 83, mengalami sakit sendi.

Menurutnya, ibunya terkena strok selepas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika berada di rumah dan pernah menerima rawatan di hospital pada 2020 akibat lelah.

Mohd. Saifullizan berkata, rutin hariannya bermula awal pagi untuk memandi dan membersihkan ibunya selain perlu menyediakan makan serta minum sehingga sebelah malam.

“Ingatannya juga kuat dan tidak lekang berselawat setiap kali bersendirian di atas katil. Malah emak cuba menunaikan solat dan puasa,” katanya. Jelasnya, sejak tujuh tahun lalu, dia bergantung kepada wang simpanan bagi menyara kehidupan mereka sambil turut dibantu adik bongsu berusia 35 tahun yang menetap bersama.

Namun, Mohd. Saifullizan mengakui kian runsing setelah simpanannya itu semakin berkurang sehingga terpaksa mencatu serta menjimatkan penggunaan barang keperluan.

“Lebih RM700 diperlukan sebulan untuk membeli lampin pakai buang, makanan, susu dan ubat-ubatan emak. Selain guna duit simpanan, adik yang bekerja di Pasar Borong Gong Pauh juga membantu. “Duit KWSP tahun lalu pula sudah tinggal sedikit tetapi saya tidak sampai hati minta bantuan adik-beradik yang lain kerana mereka bukan orang senang,” ujarnya.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah yang meluangkan masa setengah jam bersama mereka.

Wan Sukairi berkata, pihaknya telah mengambil maklum kesusahan dialami Mohd. Saifullizan dan sedang meneliti bentuk bantuan yang sewajarnya untuk disalurkan dengan segera.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh berhubung menerusi nombor 011-3139 7011.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya