RTM rakan penyiar Liga Malaysia 2023

RTM rakan penyiar Liga Malaysia 2023

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bertepatan dengan slogan Sukan Terbaik Hanya di RTM, stesen penyiaran awam tersebut sekali lagi dilantik selaku Rakan Penyiar Malaysian Football League (MFL).

Berita gembira berkenaan disahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi kenyataan diterbitkan kementerian tersebut di sini hari ini.

“Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan secara langsung sejumlah 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 istimewa buat para peminat sukan bola sepak tanah air,” jelasnya.

Stesen tidak berbayar milik penuh kerajaan itu pernah menjalinkan kerjasama sebagai rakan penyiar rasmi MFL bermula pada 2021 sebelum diteruskan sepanjang tahun lepas.

Inisiatif berkenaan membolehkan siaran percuma perlawanan bola sepak tempatan dapat ditonton 6.2 juta isi rumah seluruh negara yang tidak mampu melanggan siaran berbayar.

Tontonan secara langsung pada waktu sebenar itu akan disiarkan menerusi tiga saluran iaitu TV2, TV Okey dan Sukan RTM selain menerusi wadah aplikasi penstriman RTM Klik.

Mengulas lebih lanjut, Ahmad Fahmi berkata, siri perlawanan domestik berkenaan akan merangkumi pelbagai saingan MFL dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2023

“Perlawanan pertama sebagai pembukaan liga akan disiarkan pada 24 Februari depan iaitu Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya