Reese Tan selesai jalani suntikan genetik bernilai RM9 juta - Utusan Malaysia

Reese Tan selesai jalani suntikan genetik bernilai RM9 juta

REESE Tan Rui Xin kelihatan ceria selepas menerima rawatan ubat genetik bernilai lebih RM9 juta di PPUM, Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Kanak-kanak penghidap penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA), Reese Tan Rui Xin yang sebelum ini merayu dana sebanyak RM9 juta selamat menerima suntikan Zolgensma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur semalam.

Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, kesihatan kanak-kanak perempuan yang kini berusia 19 bulan itu ketika ini juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memuaskan.

Terdahulu katanya, ubat genetik bernilai RM9,129,625 disebabkan kadar pertukaran wang asing berbeza itu tiba di negara ini dari Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

“Sebelum ini (semalam), Reese Tan telah dimasukkan ke wad untuk menjalani beberapa ujian saringan sebelum diberikan suntikan tersebut.

“Prosedur suntikan ini memakan masa lebih kurang satu jam dan reaksi kanak-kanak ini semasa menerima suntikan juga adalah baik dan normal,” katanya yang turut berpeluang menyaksikan detik bersejarah itu di PPUM.

Tambah beliau, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga kelihatan teruja kerana proses tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Kisah Reese Tan sebelum ini tular di media sosial selepas satu kempen mengumpul dana sebanyak RM9 juta dilancarkan sejak 13 Disember tahun lepas bagi membolehkannya menjalani rawatan pemulihan.

Kempen tersebut bagaimanapun mendapat sambutan luar biasa apabila lebih RM7 juta berjaya dikumpul dan tempoh yang singkat dan selesai dalam masa kurang lapan hari.

Bagaimanapun, disebabkan kos ubat genetik itu melebihi RM9 juta, One Hope Charity and Welfare terpaksa menggunakan dana sebanyak RM139,625 daripada tabung perubatan kecemasan mereka terlebih dahulu bagi memastikan Reese Tan dapat menerima rawatan Zolgensma itu mengikut masa yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.