3 budak perempuan perlu RM225,000 untuk pembedahan jantung - Utusan Malaysia

3 budak perempuan perlu RM225,000 untuk pembedahan jantung

SENG ZI TONG dan P. Darsinidevi antara dua daripada tiga kanak-kanak yang memerlukan dana RM225,000 untuk menjalani pembedahan jantung dengan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiga budak perempuan perlu RM225,000 untuk pembedahan jantung

BUKIT MERTAJAM: Tiga kanak-kanak prempuan ini mungkin datang daripada latar belakang keluarga berbeza, namun, mereka berkongsi derita hampir sama iaitu didiagnosis menghidap penyakit jantung kongenital sejak lahir.

Seng Zi Tong, 3, merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan bapanya, Seng Kam Woh, 43, bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak RM60 sehari.

Sementara itu, Nur Mikayla Muhammad Naidi dan P. Darsinidevi yang masing-masing berusia satu tahun merupakan anak kepada operator kilang dan pekerja kitar semula besi buruk yang kedua-duanya juga berpendapatan rendah.

Bagi Wong Eol Ling iaitu ibu kepada Zi Tong, doktor mengesahkan terdapat lubang kecil berdekatan injap pada jantung anaknya itu yang boleh menyebabkan pendarahan selain meningkatkan risiko.

Katanya, pembedahan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan lubang kecil itu daripada membesar bersama hati Zi Tong dan mesti dilakukan sebelum kanak-kanak terbabit bersekolah.

“Kami sangat bimbang dia akan berhenti bernafas pada bila-bila masa (secara tiba-tiba). Dia lebih mudah tercungap-cungap dan kami bimbang jantungnya tidak dapat menanggung beban,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Nur Mikayla pula pernah menjalani dua pembedahan membaiki jantung atau proses memasukkan ‘stent’ iaitu tiub kecil ke dalam jantung sebelum ini dan awal bulan lalu, dia disahkan menghidap penyakit koronari.

Selain mengalami jangkitan kuman, doktor mengesahkan oksigen dalam badan kanak-kanak itu juga turun mendadak dan Nur Mikayla kini hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk hidup.

Sementara itu, Darsinidevi yang turut bergantung kepada alat bantuan pernafasan didiagnosis dengan pelbagai masalah kecacatan jantung walapun tidak memiliki sebarang simptom.

Lebih malang, kanak-kanak tersebut juga disahkan menghidap penyakit jantung kongenital yang teruk termasuk ‘tricuspid atresia’, ‘transposition’ of the great arteries (TGA), ‘ventricular septal defect (VSD)’, kecacatan septum atrium (ASD) dan hipoplasia ventrikel kanan (RV Hipoplastik).

Menurut doktor, jika Darsinidevi tidak segera dibedah, kemungkinan dia tidak akan dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, kos sebanyak RM225,000 diperlukan bagi membolehkan ketiga-tiga anak kecil itu menjalani pembedahan jantung.

“Orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau menderma terus ke akaun Public Bank atas nama One Hope Charity di nombor 3193433435,” katanya.

Tambah beliah, orang ramai juga boleh menghubungi talian 016-4192192; 019-2322192 dan 04-5399212 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya