REE: Sanusi minta jangan buat tuduhan melulu

REE: Sanusi minta jangan buat tuduhan melulu

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menyampaikan geran kepada penduduk pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik, Lesen Menduduki Sementara, Hak Milik Sambungan dan Cukai Tanah bagi daerah Pendang di Dewan Cenderawasih, Pendang. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang tuduhan melulu berkaitan dakwaan wujudnya kecurian unsur nadir bumi (REE) sekali lagi di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, minggu lalu.

Menurut beliau, kes berkenaan masih dalam siasatan jabatan berkaitan, malah belum disahkan sebagai REE walaupun permit penggunaan tapak diberikan kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah untuk dijadikan tapak kajian bahan mentah (batuan) di situ. 

“Apabila berlaku tangkapan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) pada beberapa hari lepas, saya difahamkan tiada operasi pengeluaran, pemindahan kerana sehari sebelum itu mesyuarat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) meluluskan untuk dijadikan tapak kajian di tapak pemindahan bahan tanpa kebenaran sebelum ini daripada dimusnahkan.

“Belum ada lagi kajian itu di Malaysia jadi kita dah ada tapak, kita jadikan ia pusat kajian untuk kaji sejauh mana kesan proses penguraian (bahan batuan).

“Tak ada aktiviti apa (susulan tangkapan), cuma mengeringkan kolam, bahan mentah material memang ada dalam kolam tu, proses penguraian memang pi (lalu) ke kolam tu, jadi kalau nak keringkan kolam tanah dibawa masuk dalam guni, guni itu disimpan. Tak ada pemindahan, tak ada pengeluaran,” katanya.

 Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik, Lesen Menduduki Sementara, Hak Milik Sambungan dan Cukai Tanah yang melibatkan lebih 500 individu di daerah ini di Dewan Cenderawasih, di sini hari ini.

 Utusan Malaysia hari ini melaporkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menahan lebih 50 individu selepas disyaki melakukan aktiviti penerokaan nadir bumi secara haram dalam Hutan Simpan Bukit Enggang, minggu lalu.

Serbuan di Kompartmen 12 hutan terbabit turut menemukan buku dipercayai digunakan untuk tujuan merekod pengeluaran nadir bumi di tapak haram berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi MBI menjelaskan, bukti mengenai kecurian REE itu juga masih belum diperoleh memandangkan siasatan terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu. 

“Di dunia ini hanya ada dua negara yang mempunyai kepakaran untuk mengekstrak bahan itu iaitu Amerika Syarikat dan China, jadi kalau tak Amerika, China, jadi dua itu sahaja, orang Malaysia mana dok pandai korek benda (nadir bumi) tu,” katanya. 

Beliau juga memberitahu belum mendapat maklumat terperinci berhubung tangkapan tersebut termasuk sama ada ianya membabitkan warga tempatan atau luar negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya