Ramasamy jangan bermain api - Pemuda UMNO

Ramasamy jangan bermain api – Pemuda UMNO

HASMUNI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina orang Melayu yang hanya tahu bergantung kepada kerajaan sahaja.

Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan berkata, isu majoriti orang Melayu bekerja di dalam sektor perkhidmatan awam tidak sepatutnya dimainkan memandangkan semua pekerja awam sudah melalui proses saringan yang terbuka.

Menurut beliau, punca orang Melayu menjadi majoriti di dalam sektor perkhidmatan awam adalah disebabkan kaum lain tidak berminat kerana gaji ditawarkan adalah kecil.

“Tidak ada diskriminasi kepada mana-mana kaum menyertai perkhidmatan awam kerana jawatannya ditawarkan secara terbuka dan pemilihannya dibuat dengan saringan yang memenuhi piawai dan kehendak pekerjaan itu.

“Jadi, Ramasamy jangan bermain api atau ‘menjolok sarang tebuang’ dengan sengaja membangkitkan perkara ini hanya disebabkan perasaan prejudis beliau terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya di dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Anwar Ibrahim digesa Ramasamy mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ramasamy berkata, hujah lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina tidak lagi terpakai.

Ini kerana, katanya, hujah berkenaan digunakan bekas Perdana Menteri itu untuk menginstitusikan hegemoni Melayu khususnya dalam perkhidmatan awam.

Beliau turut berpandangan terdapat diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Malah, dakwanya lagi, terdapat juga dasar mengimbangi penguasaan ekonomi China dengan membawa masuk pelabur asing, serta melalui pertumbuhan syarikat berkaitan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN