Rafizi bimbang hanya 3 LCS siap

Rafizi bimbang hanya 3 LCS siap

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berharap projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat disiapkan mengikut jadual.

Malahan beliau dalam nada optimis berkata, jumlah lima buah kapal berkenaan adalah sesuai berdasarkan peruntukan ditetapkan kerajaan dan sepatutnya tiada masalah pun.

“Sebenarnya saya pernah bimbang kerana tengok sebelum ini dirancang enam tetapi jangan pula akan kurang lagi kepada tiga atau empat sahaja,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Ekonomi di sini hari ini.

Isu projek LCS yang lewat disiapkan pernah dijadikan teguran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan menyaran enam syor tindakan untuk dilaksanakan kerajaan selepas mendedahkan tiada satu pun LCS disiapkan walaupun kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion secara kontrak rundingan terus.

Aset itu dirancang bersama Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau pada mulanya terkejut apabila diberitahu hanya lima kapal boleh disiapkan dengan bajet terdahulu namun bersyukur ia masih munasabah dan ia tetap berita baik kepada TLDM kerana keperluan amat mendesak,” katanya.

Menyentuh isu soal siasatan terhadap projek tersebut, beliau menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab dan memberi jaminan proses adalah bebas tanpa ada campur tangan.

Pada masa yang sama, beliau meminta masyarakat  faham bahawa seseorang menteri sepatutnya tidak mencampuri urusan berkenaan, bahkan jika kerajaan sekarang memberi tekanan atau arahan tertentu, maka tiada beza dengan gaya pentadbiran sebelum ini.

Beliau malah berkeyakinan dengan keupayaan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara menyiasat sebarang kes secara bebas serta adil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya