Masa depan parti Kancil gelap, ibarat prestasi Rafizi semasa jadi Menteri Ekonomi - AMK

Masa depan parti Kancil gelap, ibarat prestasi Rafizi semasa jadi Menteri Ekonomi – AMK

MOHD. Rafizi Ramli (kanan) bersama Nik Nazmi Nik Ahmad pada Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Kancil sebagai logo Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan tiada masa depan mahupun keupayaannya untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Himli Zainol berkata, malah ia hanya sekadar retorik politik kerana rakyat melihat bahawa hanya Rafizi di belakang Parti Kancil ini.

Katanya, rakyat sudah masak cara Rafizi berpolitik sama ada dengan kritikan atau memberikan Formula Palsu.

“Ini terbukti apabila diberi peluang memegang kuasa dan mengurus ekonomi negara, ramai merasakan prestasinya tidak setanding dengan harapan dan Formula yang pernah dijanjikan.

“Politik bukan sekadar pandai mengkritik, atau menghasilkan Formula yang menarik. Politik juga menuntut kemampuan membuat keputusan, menyelesaikan masalah rakyat dan menunjukkan hasil yang boleh dirasai secara nyata,” katanya hari ini.

DZUL HILMI ZAINOL

Dzul Hilmi berkata, rakyat sudah melihat jurang besar antara Formula dan pencapaian sewaktu Rafizi menjadi pembangkang dan sewaktu Rafizi menjadi Menteri di dalam kerajaan.

Sebab itu, jatanya, jika Parti Kancil hanya bergantung kepada populariti individu, naratif lama dan rasa tidak puas hati terhadap parti asal tanpa menawarkan hala tuju yang jelas serta pasukan yang kuat, maka mereka menempah nasib yang sama seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ketika memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum lepas.

“Sejarah politik Malaysia telah menunjukkan bahawa parti yang dibina atas pengaruh individu semata-mata sukar bertahan apabila gagal meyakinkan rakyat tentang agenda dan penyelesaian yang lebih baik.

“Percaya lah Rafizi tidak mampu membawa perubahan dalam landskap politik Malaysia mahupun pentadbiran di dalam kerajaan, kerana sifat Rafizi sendiri yang sentiasa merasa betul yang saya gelarkan sebagai Diva adalah perkara-perkara yang akan dibenci oleh anggota parti Kancil, belum lagi dengan perangai adu domba dia,” katanya

Katanya, rakyat akhirnya akan menilai berdasarkan rekod dan hasil, bukannya persepsi atau publisiti.

Jelasnya, jika rekod itu tidak meyakinkan, rakyat akan menolak perjuangan individu yang diselimuti dendam terhadap parti lama.

“Saya tidak yakin yang parti yang mengangkat perjuangan individu ini akan diterima pada PRU16 akan datang, maka masa depan parti ini akan menerima nasib yang sama seperti Pejuang menjelang PRU16,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN