Pura-pura jadi pemilik, pelanggan sebelum larikan kenderaan mewah

Pura-pura jadi pemilik, pelanggan sebelum larikan kenderaan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan sindiket curi kenderaan mewah dengan menyamar sebagai pembeli atau pemilik kenderaan bagi memperdaya kakitangan pusat pameran, parkir valet dan kedai cuci kereta menyerahkan kunci.

Modus operandi itu dilakukan sindiket dengan menyasarkan premis berkenaan sebagai sasaran sebelum melarikan kenderaan terbabit.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, sindiket itu menjadikan kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, Toyota, Honda dan Volkswagen sebagai sasaran utama.

“Sindiket itu turut dikesan pernah menggunakan perkhidmatan ‘jockey’ untuk menghantar kenderaan dicuri ke Thailand.

“Hasil risikan Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket berkenaan dan menahan 14 individu termasuk dalang utama sindiket berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, penahanan itu dilakukan susulan 14 laporan yang diterima polis berhubung sindiket curi kenderaan mewah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Noorsiah berkata, kesemua suspek adalah warga tempatan iaitu 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 22 tahun hingga 43 tahun.

“Sebanyak lima kereta mewah yang dilaporkan dicuri ditemukan semula dan es disiasat di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya