Pendekkan tempoh haji bukan penyelesaian

Pendekkan tempoh haji bukan penyelesaian

Tarikh membuang undi pada PRN dijangka mengambil kira kepulangan jemaah haji. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan memendekkan tempoh jemaah haji berada di Mekah tidak akan menjimatkan kos Lembaga Tabung Haji (TH) sebaliknya perbelanjaan lebih besar perlu ditanggung untuk pengurusan haji terutama dari segi penerbangan.

Rata-rata jemaah haji Malaysia berada di Tanah Suci selama 35 hingga 60 hari kerana ia berdasarkan kuota haji iaitu kira-kira 30,000 orang, dengan Malaysia menerima kuota haji sebanyak 31,600 jemaah tahun ini.

TH lazimnya menghantar kira-kira 1,000 jemaah dalam dua hingga tiga pesawat sehari, bersamaan dengan 250 hingga 300 jemaah untuk satu pesawat, meliputi kira-kira 100 penerbangan yang biasanya bermula seawal 40 hari sebelum hari wukuf supaya kesemua jemaah dapat berada di Mekah untuk menunaikan haji.

Setelah selesai menunaikan ibadah haji, kira-kira 100 penerbangan balik juga perlu disediakan untuk para jemaah yang mengikut giliran masing-masing untuk pulang ke tanah air.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, tempoh haji juga ditetapkan berdasarkan kepada kos yang ditanggung bagi menampung harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan serta makanan dan minuman terutama ketika musim haji.

Menurut beliau, walaupun tempoh haji tersebut memakan masa, TH dapat menguruskan operasi jemaah haji dengan lancar dan teratur.

“Memang ibadah haji boleh dibuat dalam tempoh singkat, ada yang antara lapan hingga 10 hari sahaja, tetapi ia hanya ditawarkan dalam pakej yang lebih mahal.

“Lagipun, dari segi harga tiket penerbangan dan penginapan tetap mahal walaupun pendekkan tempoh, hanya kos tanggung makanan dan minuman sahaja yang menjadi lebih murah,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya TH mengkaji semula tempoh masa berada di Tanah Suci dengan memperkenal empat pakej tempoh masa iaitu 14 hari, 21 hari, 30 hari dan 40 hari.

Sebaliknya bagi Razali, TH boleh menjimatkan kos jika keuntungannya lebih RM5 bilion digunakan untuk menanggung kos jemaah haji.

“TH dikecualikan daripada membayar cukai keuntungan, jumlah wang itu sepatutnya dalam RM1.5 bilion.

“Jadi, kenapa tidak menggunakan wang itu untuk subsidi jemaah haji? Mungkin RM1.2 bilion boleh digunakan kerana kos keseluruhan yang ditanggung adalah sekitar RM300 juta, jadi apa masalahnya?” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×