Penang FC tampil lebih 'segar' dengan jersi baharu 2023 - Utusan Malaysia

Penang FC tampil lebih ‘segar’ dengan jersi baharu 2023

PELANCARAN jersi baharu Penang FC untuk musim 2023 dilakukan dengan penuh meriah di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang malam tadi. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Mengekalkan biru sebagai warna tradisi untuk jersi utamanya musim ini, Penang FC bagaimanapun membuat sedikit ‘penambahbaikan’ untuk tampil lebih ‘segar’, bersemangat dan meyakinkan pada musim ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Kopa, Nik Mohd. Iqbal Nik Ibrahim selaku antara individu yang bertanggungjawab menghasilkan jersi baharu untuk skuad Harimau Kumbang itu berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan rekaan terbaik.

“Untuk jersi ‘home’ (tuan rumah), kita mengambil inspirasi negeri dengan memasukkan beberapa elemen kebanggaan warga Pulau Pinang seperti Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) selain logo sedia ada.

“Buat permulaan, kita mengeluarkan sebanyak 2,000 stok jersi baharu ini dengan 1,500 daripadanya tersedia untuk hari ini (malam tadi),” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran jersi baharu itu di pekarangan Stadium Batu Kawan, di sini.

Hadir menyempurnakan pelancaran yang dilakukan sebelum aksi pramusim menentang kelab Singapura, Geylang International FC dalam saingan Piala Harapan 2023 itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee.

Mengulas lanjut, Nik Mohd. Iqbal berkata, ketika ini, hanya jersi ‘home’ berwarna biru dan jersi ‘away’ yang berwarna kuning berada di pasaran manakala jersi ketiga masih belum dilancarkan.

“Untuk majlis pelancaran ini, kita hanya keluarkan jersi ‘player issue’ yang berharga RM109 dan kita menjangkakan untuk jersi ‘fan issue’ pula, harga jualannya mungkin antara RM50 hingga ke RM65,” ujar beliau.

Difahamkan, kerjasama antara Penang FC dengan Kaki Jersi iaitu anak syarikat Kumpulan Kopa akan berlangsung selama dua musim melibatkan penajaan jersi untuk pasukan Liga Super, Liga Simpanan Bawah 23 tahun, skuad Piala Presiden serta Piala Belia negeri ini.

Selain pembelian secara dalam talian menerusi portal www.kakijersi.com, jersi eksklusif Penang FC musim 2023 juga boleh dibeli di Kopa Arena Penang, Universiti Sains Malaysia (USM); ibu pejabat Kaki Jersi di Batu Caves Selangor dan Kaki Sukan di Universiti Malaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.