Pemilihan UMNO: Buang pengkhianat - Noh - Utusan Malaysia

Pemilihan UMNO: Buang pengkhianat – Noh

UMNO pengkhianat
NOH Omar diraikan dalam Majlis Jasa Dikenang Budi Disanjung anjuran Veteran UMNO Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Akar umbi UMNO di bahagian Tanjong Karang diseru membuang pemimpin yang dikenalpasti sebagai pengkhianat sekiranya mereka bertanding dalam pemilihan parti pada bulan ini hingga Mac nanti.

Bekas Ketua Bahagiannya, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana pengkhianat sebenar adalah mereka yang menentang keputusan diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 iaitu ‘No Anwar, No DAP’.

“Pengkhianat sebenar dalam parti perlu disingkirkan khususnya pada bahagian itu, sementara calon yang menang pula perlu melakukan penstrukturan semula supaya UMNO kembali diterima dalam pilihan raya akan datang.

“Berilah muka-muka baharu, saya nasihat buatlah demikian. Kalau calon menang, susun semula UMNO Tanjong Karang. UMNO bahagian ini memang solid, hanya ada seorang dua yang memecah belah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Jasa Dikenang, Budi Disanjung, hari ini.

Malah, beliau memberitahu kecewa dengan perpecahan yang berlaku khususnya pada UMNO bahagian tersebut selepas diberitahu berlaku perubahan tidak penting menyebabkan kekuatannya semakin rapuh.

“Saya rasa, kecewa pun ada apabila ada orang memangku Ketua UMNO Bahagian, dia tukar semua setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa. Walhal dia pemangku dua bulan sahaja.

“Patut masa ini menyusun untuk pentadbiran bukannya mana yang dicop sebagai orang saya dibuang. Jadi, mana datang perpaduan? Memang berpecahlah,” tegasnya.

Dalam pada itu, Noh memaklumkan perancangannya kini ingin bergerak sebagai penceramah bebas dan bersedia menerima undangan beberapa parti selepas menyatakan keengganan membuat rayuan berhubung pertuduhan dihadapinya dalam Lembaga Disiplin UMNO.

“Hendak merayu kepada siapa? Kalau merayu boleh buat kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebab, niatnya kalau selagi presiden itu ada, takkan beliau hendak terima rayuan saya? Sebab tak pernah berlaku, belum lagi MKT bermesyuarat, keputusan sudah dibuat.

“Saya akan jadi penceramah bebas, jadi kalau PRN atau pun sekarang ini, kalau Bersatu atau Pas hendak jemput bagi ceramah saya akan beri. Kalau UMNO pun sudi menjemput saya, jemputlah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya