Pemandu teksi ditahan disyaki cabul anggota polis

Pemandu teksi ditahan disyaki cabul anggota polis

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita dalam kejadian di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati dekat sini kelmarin.

Kejadian pada 10.55 pagi itu dipercayai berlaku apabila anggota polis wanita berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih sebelum seorang lelaki yang berada di belakang meraba punggungnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, anggota polis terbabit yang bertugas d Balai Polis Hulu Kelang itu kemudian bertanyakan lelaki itu kenapa dia berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu bahawa dia datang bersama isterinya dan sedang bersarapan di situ.

“Berikutan itu, polis yang menerima aduan kira-kira pukul 12.45 tengah hari ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.

“Suspek adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN