Pemakaian tidak sepatutnya menjadi isu di hospital

Pemakaian tidak sepatutnya menjadi isu di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pemakaian pesakit khususnya tidak memakai pakaian yang sopan tidak sepatutnya menjadi isu sehingga menjadi halangan bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya umum datang ke jabatan kecemasan atau hospital sebagai pesakit bagi mendapatkan rawatan, isu pakaian bukan menjadi kebimbangan mereka.

“Pakaian tidak ada isu. Kalau di kecemasan atau datang ke hospital memang tidak ada isu, mungkin ada isu sekiranya nak pergi ke tempat-tempat agama seperti masjid, kuil dan sebagainya.

“Tetapi di Kementerian Kesihatan (KKM), bila ada kecemasan dan sebagainya, pemakaian bukan isu.

“Apabila orang sakit datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan, itu (pemakaian) bukan kebimbangan kita langsung,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Global Surgery Initiative sempena Ulang Tahun ke-60 Malaysian Society of Anaesthesiologists (MSA).

Terdahulu, media melaporkan, terdapat dakwaan tular di media sosial bahawa seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Kampar, Perak diminta pulang menukar pakaian oleh pegawai bertugas kerana memakai seluar pendek.

Sehubungan itu, Noor Hisham berkata, KKM akan melakukan penyiasatan berkenaan isu tersebut.

“Itu (isu pemakaian) kita akan buat kajian atau penyiasatan dan teguran akan diberikan kalau perkara itu berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN