Pelantikan Nurul Izzah luar biasa - Sanusi

Pelantikan Nurul Izzah luar biasa – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan merupakan satu langkah yang luar biasa.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut mempersoal sama ada Perdana Menteri mahu menetapkan satu penanda aras untuk semua orang politik dan anak-anak mereka boleh terbabit dengan kerajaan tanpa mengambil gaji.

Secara sinis katanya, setelah dilantik ke jawatan tersebut, Nurul Izzah tidak sepatutnya malu-malu untuk mengambil gaji kerana beliau berkhidmat dengan kerajaan dan bukannya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Mungkin inilah madani yakni anak dan bini. Saya sedang mengkaji adakah pelantikan dibuat di Pejabat Kementerian Kewangan yang melakukan kerja-kerja bagi pihak kerajaan, boleh tak ambil gaji.

“Takkan tak ada langsung skim saraan untuk beliau dan saya rasa, tak ada perjawatan begitu. Kalau perjawatannya ada, khidmat diberi tetapi tiada bayaran, itu bukan pekerjaan sebaliknya NGO. Kalau anda nak bekerja di situ, mesti ada skim saraan seperti pegawai-pegawai lain dapat. Sepatutnya beliau ambillah, apa yang nak dimalukan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, peranan dimainkan Nurul Izzah juga kini menjadi tanda tanya.

“Sebelum ini Nurul Izzah dikatakan dilantik bagi membantu menasihati berkaitan polisi tetapi hari ini (semalam) pelantikan itu tugasnya untuk memastikan ketelusan pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan supaya teratur pula.

“Kalau itu tujuannya, tak perlu pun tak apa kerana kita ada ketua setiausaha dan bahagian audit untuk urusan tersebut. Tak payah tambah-tambah lagi walaupun tak dibayar gaji,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya