PDRM nafi dakwaan kes samun di jalan raya 

PDRM nafi dakwaan kes samun di jalan raya 

GAMBAR tular dakwaan modus operandi baharu jenayah samun di jalan raya.

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan terdapat taktik baharu dalam jenayah samun di jalan raya. 

Setiausaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya mengesan penyebaran mesej mendakwa penyamun akan meletakkan telefon dalam keadaan lampu menyala.

Katanya, itu bagi menarik perhatian mangsa supaya berhenti di atas jalan dan mana- mana mangsa berhenti akan disamun. 

“PDRM mengesahkan bahawa tiada laporan polis berkaitan modus operandi tersebut. 

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan mesej berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran pada masyarakat,” katanya di sini hari ini. 

Tegasnya; mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang dikuat kuasa. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN