Mahkamah tolak permohonan Husam tangguh prosiding kebankrapan - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan Husam tangguh prosiding kebankrapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menolak permohonan bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa untuk menggantung sementara prosiding kebankrapan yang difailkan Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd (KPK).

Permohonan itu dibuat bagi mendapatkan penangguhan terhadap prosiding kebankrapan yang difailkan pihak KPK sehingga rayuan akhir diputuskan.

Terdahulu, pada 31 Julai 2025, Mahkamah memerintahkan Husam membayar ganti rugi RM200,000 dan kos RM60,000 kepada KPK selepas memutuskan tiga kenyataan yang pernah diterbitkan beliau terhadap syarikat berkenaan merupakan satu bentuk fitnah.

Pengurus Besar KPK ketika dihubungi mengesahkan bahawa sehingga keputusan hari ini, Husam masih gagal mematuhi penghakiman Mahkamah bertarikh 31 Julai 2025 berkenaan.

Menurut beliau, keputusan Mahkamah hari ini turut bermakna permohonan Husam untuk menangguhkan pembayaran berkenaan tidak dibenarkan.

Keputusan itu sekali gus membolehkan prosiding kebankrapan yang difailkan KPK terhadap Husam diteruskan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×