Pasukan kedua SMART tiba di Gaziantep

Pasukan kedua SMART tiba di Gaziantep

KUMPULAN kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selamat mendarat di Lapangan Terbang Gaziantep, Turkiye awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) atau MAS-10 selamat mendarat di Lapangan Terbang Gaziantep, Turkiye awal pagi tadi. 

Pasukan yang terdiri daripada 70 pegawai dan anggota terdiri daripada 20 anggota SMART, 30 anggota JBPM dan 21 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua anjin pengesan (K9) itu akan bergerak ke kawasan gempa bumi yang mengambil masa perjalanan sekitar empat jam. 

Kumpulan ini akan melapor diri ke pusat operasi yang menempatkan pasukan pertama atau SMART MAS-01 untuk pembahagian sektor tugas mencari dan menyelamat (SAR).

Kelmarin, Malaysia menghantar pasukan kedua misi SAR yang berlepas ke Turkiye dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN