Kapten dituduh bunuh lelaki Bangladesh

Kapten dituduh bunuh lelaki Bangladesh

SEORANG pegawai tentera yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tentera didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh penumpang e-hailing warga Bangladesh, minggu lalu.

Tertuduh, Kapten Jad Faid Arhan, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret llli Marisqa Khalizan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh, Muzahid Millad, 22, di Kilometer 1.9, Lebuh Raya MEX dari arah Salak Selatan menghala ke Jalan Tun Razak pada pukul 5.30 pagi, 23 April 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, satu kemalangan membabitkan kereta Ford Fiesta dipandu pegawai tentera yang dipercayai mabuk telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dipandu lelaki berusia 41 tahun yang membawa dua penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kemalangan menyebabkan lelaki warga Bangladesh berusia 22 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala manakala rakan wanita senegara berusia 20 tahun dan pemandu e-hailing cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN