Nurul Izzah pilih berkhidmat untuk Sekretariat Jawatankuasa Penasihat  - Utusan Malaysia

Nurul Izzah pilih berkhidmat untuk Sekretariat Jawatankuasa Penasihat 

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerima tawaran berkhidmat di bawah Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan sekali gus menamatkan peranannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan medianya, Nurul Izzah diundang untuk menyertai pasukan Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan yang dipengerusikan Tan Sri Mohd. Hassan Marican untuk perkukuhkan ekonomi negara dan rakyat.

“Beliau (Mohd. Hassan) telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Tambah Nurul Izzah, beliau berharap khidmat membantu Mohd. Hassan serta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dukungan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.

“Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan. 

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.