Nelayan Pantai Kundor harap pampasan tidak tertangguh lagi

Nelayan Pantai Kundor harap pampasan tidak tertangguh lagi

TUMINAH Kadi mengadakan perbincangan dengan lapan ketua pangkalan nelayan di pejabat Japerun Pantai Kundor, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua lapan pangkalan nelayan di Pantai Kundor hingga Klebang melahirkan rasa lega dengan arahan terbaharu daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali meminta sebuah syarikat menjelaskan bayaran pampasan bagi projek pemanjangan jeti selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Kali ini mereka mengharap­kan syarikat berkenaan akur dengan arahan tersebut agar masalah tersebut diselesaikan segera selepas berlanjutan hampir tiga tahun.

Ketua Pangkalan Nela­yan Kampung Hailam, Aziz Ja­a­far, 58, berkata, dia berha­rap masalah tunggakan pam­­pasan dapat diselesaikan se­gera dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

ROSLI AHMAD
AZIZ JAAFAR

“Tiga tahun lamanya se­ra­mai 243 nelayan dan awak-awak menanti janji pihak berkenaan untuk melunaskan bayaran pampasan tetapi tidak ada khabar berita walaupun rundingan te­lah kerap diadakan.

“Saya harap arahan daripada Ketua Menteri kali ini tidaklah perkara ini diheret hingga ke satu tempoh yang tidak pasti,” ujar­­nya ketika ditemui sele­pas mengadakan pertemu­an dengaan Ahli Dewan Un­dangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kad­i di Pejabat Pembangunan dan Penyelarasan DUN di sini semalam.

Semalam Sulaiman sekali lagi mengarahkan syarikat terbabit menjelaskan ba­yaran yang tertunggak kepada nelayan dari lapan pengkalan selewat-lewat­nya sebelum puasa atau sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, Ketua Nelayan Pangkalan Pantai Rombang, Rosli Ahmad, 53, berkata, mereka mengucapkan terima kasih atas campur tangan Ketua Menteri mendesak bayaran dibuat segera.

“Kami harap kali ini pihak berkenaan menunaikan janji selepas tiga tahun kami menunggu.

“Kalau pihak terbabit terus tidak ambil peduli, kita seluruh nelayan di lapan pangkalan tidak akan putus asa untuk mendesak sehingga hak kami diberikan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN