PETALING JAYA: Berikutan cabaran dan halangan petugas barisan hadapan Malaysia di Turkiye dalam mendapatkan makanan, Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyerahkan 10,000 pek makanan sedia dimakan bernilai RM120,000 sebagai jaminan keselamatan makanan untuk mereka dalam misi bantuan kali ini. Menurut MyFundAction, makanan tersebut terdiri daripada nasi dan lauk-lauk masakan Malaysia antaranya rendang daging, kari daging, daging masak hitam dan ayam masak merah. “Semua lauk…










