Menu Rahmah bakal diperluas di gerai R&R PLUS

Menu Rahmah bakal diperluas di gerai R&R PLUS

PLUS akan menyediakan perancangan yang lebih konkrit bagi melaksanakan perancangan Menu Rahmah di R&R PLUS ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Menu Rahmah dijangka diperluaskan di gerai makanan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), sebagai tanda sokongan kepada program yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu sudah diusulkan kepada pihak PLUS hari ini untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“PLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan itu dan menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pihak PLUS telah mengadakan perbincangan dengan pengendali gerai makanan R&R lebuhraya PLUS berkenaan cadangan itu.

“Saya juga dimaklumkan, pihak PLUS akan menyediakan perancangan yang lebih konkrit bagi melaksanakan perancangan Menu Rahmah di R&R PLUS ini. 

“Saya amat berterima kasih kepada pihak PLUS di atas kerjasama yang baik ini dan saya berharap, dengan adanya penyediaan Menu Rahmah di hentian R&R PLUS akan memberikan manfaat kepada pengguna lebuhraya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, berhubung pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya, Alexander memaklumkan, kesemua 32 buah syarikat konsesi serta pemegang taruh pemain industri lebuh raya bertol di Malaysia dipanggil hari ini bagi mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan pelaksanaan.

“Secara keseluruhannya, kesemua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF ini dan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian servis terbaik kepada pengguna. Saya akan kongsikan sedikit masa lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya