Malaysia sokong Konsensus 5 Perkara ASEAN terhadap Myanmar

Malaysia sokong Konsensus 5 Perkara ASEAN terhadap Myanmar

ZAMBRY Abd. Kadir ketika menyertai Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan terus bekerja rapat dan membina dengan ASEAN bagi membantu Myanmar mencapai penyelesaian ke atas krisis politik di negara tersebut.

Perkara berkenaan ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sambil mengulangi pendirian Malaysia kekal teguh menyokong Konsensus Lima Perkara ASEAN.

Menerusi kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, Malaysia juga memahami cabaran bagi pelaksanaan efektif persetujuan itu yang dicapai para pemimpin serantau pada 2021 lalu.

“Malaysia malah menyokong usaha ASEAN di bawah Indonesia sebagai Pengerusi 2023 menerusi Utusan Khas yang disepakati pada mesyuarat di Jakarta baru-baru ini,” katanya.

Ia merujuk pernyataan bersama yang diterbitkan Sekretariat ASEAN setelah tamat Sesi Pemukiman Menteri Luar rantau itu di ibu kota republik tersebut pada 4 Februari lepas.

Beliau hadir mengetuai delegasi Malaysia manakala kenyataan sepanjang 53 peranggan dan setebal sembilan halaman itu dibacakan oleh Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menyentuh kemelut di Myanmar yang sudah berlarutan lebih dua tahun dan Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn akan ke sana bagi menilai situasi.

Mengulas lebih lanjut, Zambry berkata, isu panas itu turut dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Krung Thep Maha Nakhon, Thailand semalam yang menzahirkan pembinaan satu konsensus kukuh bagi diberi mesej jelas kepada rejim junta Myanmar menamatkan kezaliman ke atas rakyatnya.

Penegasan Malaysia itu ujarnya, adalah sejajar dengan pendirian negara ini yang akan terus mempromosikan budaya hidup damai dalam komuniti rencam sejagat seluruh dunia dan turut diulangi Anwar semasa berucap pada pertemuan Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand.

Sebaliknya, masalah politik domestik negara bergolak itu pada masa sama turut tidak boleh dijadikan alasan yang terus mengganggu kerjasama ASEAN dalam pelbagai bidang, malah harus kekal teguh mempromosikan perdamaian, keselamatan dan kemakmuran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.