Malaysia layak ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Malaysia layak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tuan rumah, Malaysia layak ke separuh akhir empat acara Kejohanan Boling Padang Asia Ke-14 2023 di Arena Lawn Bowls Perak di sini, esok.

Acara-acara itu ialah lelaki berpasangan (mpai), men triples (mtri), wsin – women singles, wfou – women fours.

Gandingan Izzat Shameer Dzulkeple-Muhammad Hizlee Abdul Rais mara ke separuh akhir dalam acara mpai biarpun tumpas tipis 16-17 kepada beregu Filipina selepas muncul naib juara Kumpulan D.

Pada separuh akhir pagi esok, Malaysia akan bertemu juara Kumpulan C, Thailand.

Sementara dalam acara Triples lelaki, Malaysia menumpaskan Sri Lanka 24-16 untuk mara selepas muncul naib juara Kumpulan E.

Lawan di separuh akhir ialah juara Kumpulan F, Filipina yang belum tumpas setakat ini.

Filipina melengkapkan jadual pusingan awal dengan menundukkan India 17-11 hari ini.

Satu lagi separuh akhir ialah pertemuan antara Hong Kong dengan Thailand.

Nurul Alyani Jamil mara ke separuh akhir acara perseorangan wanita selepas merakam kemenangan 21-17 ke atas pemain India, Tania Choudhury untuk menjuarai Kumpulan K.

Alyani akan bertemu pemain Thailand, Orawan Sodok di separuh akhir pagi ini.

Sementara dalam acara fours, kuartet negara, Siti Zalina Ahmad, Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman, dan Azlina Arshad menunjukkan kehebatan dengan membelasah Sri Lanka 51-4 dan akan bertemu kuartet, Thailand pagi esok

Selain itu, Malaysia juga layak ke separuh akhir perseorangan lelaki dan perempuan Kejohanan B-25 . – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya