Majoriti warga sekolah Ikram tidak bersetuju cadangan

Majoriti warga sekolah Ikram tidak bersetuju cadangan sekolah pukul 8 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majoriti lebih 19,000 pelajar di 55 buah sekolah Ikram di seluruh negara tidak bersetuju dengan cadangan waktu persekolahan bermula pukul 8 pagi. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pertubuhan Ikram  Malaysia, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata, ia berdasarkan tinjauan awal dalam kalangan warga Pendidikan Ikram Musleh. 

Menurut beliau, ini kerana kebanyakan ibu bapa berpendapat permulaan persekolahan pada 7.30 pagi ketika ini tidak menimbulkan masalah besar.

“Oleh itu, saya sangsi dengan kesimpulan yang dibuat sebuah tajuk berita berkenaan yang dibuat melalui undian di Twitter. Segmen pengguna Twitter biasanya terdiri dari golongan  professional yang tidak mewakili sebahagian besar dari ibu bapa. 

“Saiz sampel juga terlalu kecil. Hanya 278 pengguna Twitter yang menyertai undian berkenaan, terlalu kecil untuk digunakan sebagai dapatan yang boleh dijadikan tajuk berita.

“Perubahan jadual waktu persekolahan merupakan sesuatu  yang besar, walaupun 30 minit dan  memerlukan kajian yang lebih saintifik dan professional,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media yang melaporkan sebanyak 57.2 peratus bersetuju dengan cadangan melanjutkan sesi waktu persekolahan bermula pukul 8 pagi, manakala 42.8 peratus lagi tidak bersetuju.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, pertimbangan untuk menentukan sesi persekolahan di Semenanjung bermula pukul 8 pagi seperti dicadangkan beberapa pihak bukanlah perkara utama yang menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat. 

Sebaliknya, beliau berkata, ini kerana banyak lagi isu lain berkaitan sektor pendidikan perlu diberikan perhatian oleh pihak kementerian.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya