Lima penguatkuasa, lima pemilik bot nelayan direman

Lima penguatkuasa, lima pemilik bot nelayan direman

KESEMUA suspek dibawa pegawai SPRM bagi permohonan reman di Kompleks Mahkamah Alor Setar. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebanyak 10 individu termasuk lima anggota penguatkuasa direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima dan memberi suapan sejak lima tahun lalu.

Perintah reman ke atas suspek termasuk seorang wanita yang berusia 27 hingga 57 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar, di sini.

Terdahulu, kesemua suspek dibawa sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 8.24 pagi sebelum dibawa keluar pada 9.38 pagi.

Menurut sumber, lima penguatkuasa berkenaan yang berkhidmat dengan tiga agensi kerajaan dipercayai menerima rasuah daripada lima suspek terdiri daripada pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ikan dalam bentuk wang tunai.

“Semua anggota penguatkuasa berkenaan berkhidmat dengan Jabatan Perikanan, Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di negeri ini.

“Mereka dipercayai menerima rasuah diberikan itu bagi pelbagai faktor daripada pemilik bot nelayan berkenaan termasuk melindungi kegiatan nelayan beroperasi secara haram atau lesen tamat tempoh serta menggunakan pukat tunda di kawasan larangan,” katanya.

Kata sumber itu, kes berkenaan dilakukan setelah risikan oleh anggota SPRM sejak beberapa bulan lepas termasuk menyita pelbagai jenis telefon bimbit dan wang tunai bernilai kira-kira RM20,000.

Pada Rabu minggu lalu, empat anggota Maritim Malaysia ditahan SPRM Negeri Perlis bagi membantu siasatan berhubung kes suapan melibatkan nelayan di negeri tersebut.

Keempat-empat mereka yang bertugas di Maritim Malaysia Zon Langkawi dipercayai meminta suapan daripada pengusaha bot sebanyak RM500 sehingga RM4,000 sebulan sebagai wang perlindungan.

Penahanan itu rentetan daripada tangkapan awal dua anggota Maritim Malaysia Zon Kuala Perlis berhubung kes rasuah yang diterima secara bulanan daripada pengusaha dan pemilik bot di perairan Perlis. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya