Pegawai imigresen mengaku tidak bersalah terima suapan RM1,830 - Utusan Malaysia

Pegawai imigresen mengaku tidak bersalah terima suapan RM1,830

TERTUDUH (tengah) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan bernilai RM1,830 ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,830 pada enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Reza Husain, 43, membuat pengakuan terbabit di hadapan hakim, Mohd. Sabri Ismail ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Reza sebagai penjawat awam iaitu Pegawai Imigresen Gred KP19 yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pahang sudah menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang berjumlah RM1,830 dari seorang individu yang mana mengetahui individu terbabit mempunyai hubungan dengan tugas rasminya pada ketika itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 20 Jun 2018 sehingga 21 Jun 2020 bernilai antara RM230 sehingga RM500 melalui pindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun CIMB milik isterinya dan akaun Maybank miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan bagi kelima-lima pertuduhan.

Rifah Izzati turut memohon syarat tambahan daripada mahkamah supaya tertuduh melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta agar wang jaminan lebih rendah sebanyak RM6,000 diberikan berikutan tertuduh masih menanggung isteri dan dua anak masih bersekolah.

Selain itu, tertuduh memaklumkan dirinya yang memperoleh pendapatan RM2,500 sebulan turut perlu menanggung ibunya dan seorang adik orang kelainan upaya (OKU).

Mahkamah seterusnya menetapkan RM6,000 wang jaminan selain menetapkan 1 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN