Lesap wang tunai RM128,613 ditipu scammer

Lesap wang tunai RM128,613 ditipu scammer

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang ejen pelancongan dan guru antara mangsa terbaharu yang terpedaya dengan sindiket penipuan secara dalam talian membabitkan kerugian berjumlah RM128,613.

Mereka yang masing-masing berusia 34 tahun dan 55 tahun berasal dari Temerloh dan Jerantut, dekat sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian pertama pada 11 Februari lalu membabitkan ejen pelancongan terbabit yang ditawarkan kerja sambilan melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, mangsa yang merupakan lelaki berusia 34 tahun dijanjikan keuntungan sehingga RM100 bagi setiap tugasan diberikan.

“Setelah mangsa menyatakan minat untuk melakukan kerja sambilan itu, suspek menghantar pautan membolehkan mangsa menyertai kumpulan tugasan di aplikasi Telegram.

“Kemudian mangsa melakukan tugasan pertama dengan membuat empat kali transaksi ke akaun berbeza dan selepas suspek mengatakan mangsa mendapat kenaikan keuntungan 40 peratus, mangsa membuat lima lagi transaksi.

“Akibatnya, mangsa mengalami kerugian sehingga RM52,443,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ramli berkata, kes kedua melibatkan seorang wanita dari Jerantut yang menerima panggilan telefon dari suspek yang mengaku sebagai Pegawai Pusat Touch N Go pada 13 Februari lalu.

Katanya, mangsa yang merupakan guru agama itu diberitahu mempunyai tunggakan bil selama enam bulan berjumlah RM11,806.

“Mangsa cuba menafikan namun talian tersebut disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis sekali gus mendakwa mangsa terlibat dengan jenayah aktiviti penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram.

“Mangsa diminta membuat rayuan penangguhan waran dan memberikan 14 digit nombor pada kad bank miliknya kepada suspek.

“Kemudiannya, mangsa diminta memuat turun satu fail APK dan mengisi maklumat perbankan dalam pautan diberikan dan selepas mengisi maklumat bank dalam pautan terbabit, dia mendapati terdapat lima kali transaksi pengeluaran wang dari akaun miliknya berjumlah RM76,170,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.