Lawatan sulung Anwar ke Filipina esok perkukuh hubungan dua negara

Lawatan sulung Anwar ke Filipina esok perkukuh hubungan dua negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Filipina selama dua hari bermula esok yang padat dengan pelbagai program.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini ini, ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara jiran itu sejak menyandang jawatan ketua kerajaan ke-10 pada akhir tahun lalu.

“Delegasi beliau akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan para pegawai agensi berkaitan,” katanya.

Antara yang turut mengikutinya ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Anwar bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. dan kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan pelbagai perkara kerjasama dua hala.

Ini termasuk bidang keselamatan, pertanian, industri halal dan ekonomi digital di samping mereka juga membincangkan isu serantau dan antarabangsa ada kepentingan bersama.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk ’30 Tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN’ di Universiti Filipina.

“Beliau seperti kelaziman apabila membuat sesi lawatan rasmi ke luar negara, turut akan mengadakan acara pertemuan dengan diaspora Malaysia di Filipina,” kata Wisma Putra.

Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Filipina selaku jiran rapat serta negara anggota ASEAN serta membuka peluang memperkasa jaringan kerjasama.

Hubungan kedua-dua negara serantau tersebut ujarnya, tetap teguh bertunjangkan misi kepentingan bersama, peningkatan kerjasama ekonomi, politik dan jalinan antara rakyat.

Sepanjang tahun lepas, Filipina merupakan rakan perdagangan ke-15 terbesar Malaysia di peringkat global dan kelima paling besar dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN.

Kedua-dua negara ini merekodkan nilai perdagangan berjumlah RM41.45 bilion dengan kadar peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding akan pada tahun yang sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN