Lapan penjenayah pecah rumah dan curi diberkas

Lapan penjenayah pecah rumah dan curi diberkas

SHAMSUDIN Mamat (kiri) menunjukkan antara barangan yang dirampas termasuk kereta Perodua Myvi dalam Op Pintu ketika sidang akhbar di IPD Baling. -UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Polis yakin dapat menyelesaikan enam kes pecah rumah dan curi di sekitar daerah ini  dan kawasan lain setelah berjaya memberkas lapan suspek dalam Op Pintu yang dijalankan dari 21 Januari hingga 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kesemua suspek terbabit dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah sarang burung walit dan kedai serta mencuri kabel.

Katanya, kesemua lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 54 tahun yang positif methamphetamine itu mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah serta kini direman sehingga esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Mereka juga disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kabel di kawasan luar Baling iaitu di Sungai Petani, Pulau Pinang dan Taiping di Perak. Dalam siri serbuan itu kita merampas dua buah kereta jenis Proton Waja dan perodua Myvi.

“Selain itu, empat keratan kabel milik Telekom Malaysia sepanjang 20 meter, pemotong kabel, mesin gergaji besi, besi pencungkil berbentuk ‘T’, mesin pemotong rumput dan peralatan lain turut dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, hari ini.

Shamsudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 kerana menceroboh, Seksyen 431A akibat melakukan khianat, Seksyen 411 ekoran menerima harta curi dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menolong menyembunyikan harta curi.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada Khamis lalu, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan di sebuah kandang lembu di Kampung Thye Seng, Kuala Ketil di sini kerana dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah.

“Pemeriksaan menemukan 10 paket plastik lutsinar pelbagai saiz disyaki dadah jenis heroin seberat 3,000 gram dan empat paket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 250 gram. Suspek juga memiliki tiga rekod berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.

Menurut Shamsudin, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai  RM65,200 dan boleh menampung seramai 16,012 orang sekiranya terlepas ke pasaran.

Suspek yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari bermula 3 Februari lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.