Siasatan suami isteri jual video seks selesai

Siasatan suami isteri jual video seks selesai

MOHAMED USUF JAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan kes pasangan suami isteri terlibat kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian melalui aplikasi sosial dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kertas siasatan kes terbabit dirujuk hari ini bagi tindakan lanjut.

“Kes telah dirujuk kepada pihak TPR hari ini manakala kedua-dua suspek masih dalam tahanan reman,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, sepasang suami isteri yang sudah mempunyai empat cahaya mata dicekup dipercayai terlibat kegiatan pelacuran dan mempromosi video lucah secara dalam talian melalui aplikasi sosial.

Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 34 tahun diberkas oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira pukul 8 malam pada 1 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pasangan terbabit mula bergiat aktif sejak Jun tahun lalu.

Beliau dilaporkan berkata, suspek lelaki dipercayai berperanan sebagai pencipta kandungan.

Katanya, suspek mempromosikan penjualan video lucah serta menjalankan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan hasil jualan video lucah dan langganan pelacuran daripada mana-mana pelanggan atau follower.

“Wanita terbabit pula dipercayai berperanan sebagai pelacur yang akan membantu dalam melariskan penjualan video lucah dengan memainkan watak utama dalam tiap-tiap video tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×