KSU, KP digesa tetapkan KPI Madani

KSU, KP digesa tetapkan KPI Madani

SETIAP kementerian dan jabatan perlu meneliti konsep Negara Madani, visi, kerangka dan terasnya serta menjadikan ia sebagai panduan bagi penetapan KPI masing-masing. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua ketua setiausaha kementerian (KSU) dan ketua pengarah (KP) jabatan digesa menetapkan indeks prestasi utama (KPI) sebagaimana dilaksanakan anggota jemaah menteri yang didasarkan kepada teras strategik dan nilai Madani.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelaksanaan KPI Madani anggota jemaah menteri sebagaimana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari lalu dan Pemukiman Jemaah Menteri tiga hari sebelumnya.

Menurut beliau, berdasarkan pelancaran buku Membangun Negara Madani yang lalu, terdapat banyak inisiatif yang perlu dilaksanakan semua kementerian dan jabatan bagi memastikan pencapaian dasar ini.

“Oleh yang demikian, setiap kementerian dan jabatan perlu meneliti konsep Negara Madani, visi, kerangka dan terasnya serta menjadikan ia sebagai panduan bagi penetapan KPI masing-masing.

“KPI yang bakal ditetapkan nanti mesti jelas berdasarkan teras strategik Madani bagi menyokong agenda ini,” katanya ketika berucap pada majlis amanat ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2023 di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Zuki, KPI yang ditetapkan tersebut juga hendaklah berpaksikan kepada kehendak pemegang taruh dengan memastikan pencapaian yang dihasratkan dapat dinilai oleh rakyat dengan tahap kepuasan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Jelas beliau, pendekatan mesra rakyat akan diberi keutamaan oleh semua agensi kerajaan kerana kerajaan memahami pentingnya kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam dalam meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat.

Selain itu, kata beliau, pengukuran KPI Madani KSU dan KP itu perlu mengambil kira indeks global seperti Ease of Doing Business, World Competitiveness Ranking, Global Competitiveness Index, Global Innovation Index atau Human Development Index.

Sebagai contoh katanya, Malaysia secara amnya berada di kedudukan yang baik dan berada di tangga ke-12 daripada 190 negara bagi Ease of Doing Business Index pada tahun 2021, naik tiga anak tangga berbanding 2018 sekali gus menunjukkan persekitaran perniagaan yang baik ini menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan terbaik dunia.

“Pelaksanaan inisiatif-inisiatif bagi setiap kementerian dan agensi perlu berlandaskan indikator atau indeks utama dunia selaras dengan sasaran Teras Strategik Malaysia Madani iaitu membina semula ekonomi, menjamin kesejahteraan insan, reformasi institusi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.