Kes audit KLIA terminal 2, jambatan Pulau Pinang belum selesai

Kes audit KLIA terminal 2, jambatan Pulau Pinang belum selesai

NIK Azman Nik Abdul Majid bercakap dalam sidang akhbar Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 di Kompleks F, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara (JAN) mendedahkan terdapat dua isu tertunggak yang masih belum diselesaikan pihaknya sehingga ke hari ini membabitkan tuntutan pampasan tanah bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA Terminal 2) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, isu tuntutan pampasan syarikat kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) bermula sejak 2016 dan ia masih di peringkat rundingan.

Beliau berkata, ada tiga isu masih dalam status tindakan dan langkah penyelesaian masih di peringkat rundingan antara kementerian dan syarikat.

“Kes itu ada implikasi kepada kerajaan dan ia melibatkan implikasi kos yang tinggi. Kita akan memantau isu itu sehingga selesai,” katanya dalam sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, di sini hari ini.

Bagi isu tuntutan pampasan pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pula, Nik Azman berkata, isu berkenaan tertunggak sejak 2017 dan belum diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, isu pampasan ini rumit kerana ia melibatkan kementerian dan kerajaan negeri dalam tempoh panjang.

Ditanya kenapa ia mengambil tempoh masa lama untuk diselesaikan, Nik Azman berkata, kelewatan tindakan biasanya ada kaitan dengan penstrukturan kementerian, rombakan Kabinet dan komponen bertanggungjawab berpindah ke kementerian lain.

“Kelewatan juga berlaku akibat sesetengah pihak yang tidak memahami kehendak audit. Ada juga perkara yang tidak boleh selesai, namun kami akan bincang bagaimana untuk harmonikan supaya boleh selesai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya