Kerajaan sedia bincang serah Pelabuhan Bintulu - Utusan Malaysia

Kerajaan sedia bincang serah Pelabuhan Bintulu

Pelabuhan Bintulu
ANTHONY Loke Siew Fook ketika berucap pada Majlis Perasmian Gudang Freight Village 5 di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan Persekutuan dilaporkan bersedia berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung penyerahan kuasa mengurus Pelabuhan Bintulu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau mengambil maklum hal perkara yang disuarakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

“Atas semangat kerajaan Perpaduan dengan kerajaan Pusat mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Sarawak, kita boleh berbincang apa sahaja perkara (termasuk isu pelabuhan itu) 

“Kita (kerajaan Persekutuan) menyokong usaha untuk memajukan ekonomi Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan gudang Freight Village 5 di Pelabuhan Barat, hari ini.

Reaksi itu diberikan selepas Kerajaan Negeri Sarawak dilaporkan berhasrat untuk mengambil Pelabuhan Bintulu sebagai pelabuhan yang dikawal selia mereka.

Menurut Abang Johari, keputusan itu dibuat bagi membolehkan pelabuhan terbabit diurus dan dimajukan sebagai pelabuhan negeri.

Dalam pada itu, Anthony memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak belum lagi membuat permohonan rasmi berhubung hasrat mereka itu kepada kerajaan Persekutuan.

“Segala kawal selia pelabuhan berkenaan adalah di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan memandangkan Lembaga Pelabuhan Bintulu adalah lembaga di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Untuk membolehkan Pelabuhan Bintulu itu dipindah milik, banyak proses perundangan yang perlu dibuat. Apapun, saya bersedia untuk berbincang kerajaan Sarawak berhubung hal ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya