Kenaikan harga sayur buat peniaga dilema

Kenaikan harga sayur buat peniaga dilema

ZULKIFLI Mat Daud bersama sayur yang mengalami kenaikan 100 peratus di gerainya di Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kenaikan 100 peratus harga sayur-sayuran ketika ini membuat peniaga berada di dalam dilema untuk menjual bahan mentah itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peniaga mengakui ‘tersepit’ dengan situasi tersebut ketika ini.

Seorang peniaga sayur, Zulkifli Mat Daud, 45, berkata, dia turut terkesan dengan kenaikan harga sesetengah bahan mentah itu yang melebihi 100 peratus.

“Kami peniaga sudah merasai ‘tekanan’ susulan kenaikan harga sayur, apatah lagi pengguna. Antara sayur yang ketara mengalami kenaikan harga adalah timun, tomato dan kacang panjang.

“Sebagai contoh sebelum ini satu plastik timun seberat 7 kilogram (kg) dijual pada RM18, namun ia telah naik kepada RM38. Bagaimanapun, sayuran seperti sawi dan kubis mengalami penurunan,” katanya di sini semalam.

Zulkifli memberitahu, harga sayur menjadi tidak stabil sejak banjir melanda negeri ini penghujung tahun.

Sementara itu, seorang peniaga nasi ayam dan masakan panas di Tumpat, Ishak Yakub, 54, mendedahkan, dia terpaksa ‘bertahan’ dengan tidak menaikkan harga makanan walaupun kos bahan mentah meningkat.

Katanya, walaupun jualan laris namun keuntungan kecil yang diperoleh sekali gus menyaksikan mereka berdepan kos lain seperti sewa kedai dan pembayaran gaji pekerja.

“Sekiranya harga naik, saya bimbang pelanggan akan lari. Setakat ini saya masih bertahan dengan menjual nasi ayam pada harga RM5 sepinggan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN