Kalau tak suka, tak payah undi, tak perlu gesa berundur - Khaled

Kalau tak suka, tak payah undi, tak perlu gesa berundur – Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke UTM Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua ahli UMNO boleh bertanding merebut jawatan pada pemilihan parti yang dibuat secara terbuka pada bulan depan.

Justeru, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa tiada keperluan menggesa Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berundur daripada mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti.

“Saya percaya tak payah adakan gesaan sebab tidak lama lagi ada pemilihan. Kalau kita tidak suka, tak payahlah undi dia. Tak perlu kita gesa-gesa berundur,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, sebuah portal berita melaporkan, Wanita UMNO Titiwangsa, Azwati Abdul Halim menggesa supaya Noraini berundur dan tidak mempertahankan jawatan berkenaan pemilihan parti kali ini.

Kelmarin, dilaporkan ramai Ketua Wanita UMNO Bahagian mahu bekas ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO.

Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah dilaporkan berkata, seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.

Ditanya sama ada akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang atau bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi tidak memberikan sebarang kata putus.

“Saya Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Ahli Parlimen Kota Tinggi,” seloroh bekas Menteri Besar Johor itu.-utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya