Kahwin muda antara faktor keciciran pendidikan Orang Asli

Kahwin muda antara faktor keciciran pendidikan Orang Asli

Sulaiman Md. Ali menyerahkan replika kunci rumah baharu kepada Johari Sudah selepas Program Program Cakna Ummah Masyarakat Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Isu keciciran anak Orang Asli dalam bidang pendidikan di Melaka tidak begitu serius berbanding beberapa negeri lain di negara ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idris berkata, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang masih enggan ke sekolah melibatkan beberapa buah kampung termasuk Kampung Orang Asli Bukit Payung.

Beliau berkata, faktor utama yang menjadi pe­nyumbang terhadap perkara itu adalah disebabkan ada di antara mereka sudah berkahwin pada usia muda.

“Memang ada berlaku keciciran kerana ada sebahagian daripada mereka sudah berkahwin dalam usia yang sangat muda menyebabkan mereka enggan ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Program Cakna Ummah Masyarakat Orang Asli Bukit Payung di sini, semalam.

Dalam pada itu, kerajaan negeri akan memberi perhatian serius terhadap isu keciciran anak-anak orang asli dalam bidang pendidikan di 14 buah kampung membabitkan seramai 2,057 pelajar, walaupun peratusannya tidak begitu tinggi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, sebagai langkah awal kerajaan negeri telah memberi bantuan sekali bayar bernilai RM50 kepada 500 pelajar orang asli di tadika, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Menurutnya, usaha giat akan dilaksanakan terma­suk dengan bantuan Jakoa dalam usaha menggalakkan anak-anak mereka tidak tercicir dalam pendidikan.

“Isu keciciran dalam bidang pendidikan bagi masyarakat ini tidaklah begitu serius, namun kerajaan negeri akan memberikan perhatian serius,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.