Anwar puji kepimpinan Modi pacu kemajuan India

Anwar puji kepimpinan Modi pacu kemajuan India

ANWAR Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri India Narendra Modi di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sepang pada 7 Februari lalu. PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi atas pencapaian bersejarah sebagai Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di negara itu.

Perdana Menteri berkata, pencapaian itu mencerminkan dedikasi Modi selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam serta kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan, kemakmuran dan kedudukan India di persada global.

Katanya, Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan India serta memperluaskan peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Modi atas pencapaian bersejarah menjadi Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat dalam sejarah India.
“Malaysia menghargai hubungan persahabatan yang rapat dan telah lama terjalin dengan India, dan saya berharap dapat meneruskan kerjasama dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluaskan peluang untuk rakyat kedua-dua negara.
“Saya mendoakan agar Perdana Menteri Modi terus mencapai kejayaan, manakala rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan dan kemakmuran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN