Enam warga Myanmar disyaki pemburu haram diberkas

Enam warga Myanmar disyaki pemburu haram diberkas

SEBAHAGIAN taring hidupan liar yang dirampas dalam serbuan di Kampung Mia, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Enam warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemburuan haram diberkas polis menerusi Op Bersepadu/Op Khazanah bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah ladang durian di Kampung Mia di sini, kelmarin.

Serbuan pada pukul 12 tengah malam itu membawa kepada rampasan peralatan dan pelbagai bahagian hidupan liar yang dilindungi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, dua bayi turut ditemukan bersama suspek dalam serbuan tersebut.

Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota menyerbu kawasan ladang berkenaan.

“Polis merampas selaras senapang angin dan dua bilah lembing yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut. Turut ditemukan enam unit kuku hidupan liar, 12 unit taring, tujuh unit tulang serta satu tong berisi daging yang disyaki daging hidupan liar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 7(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (AKKK 1955) dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN