Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah meluluskan pertukaran nama

Kabinet Sabah lulus pertukaran nama dua kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah hari ini meluluskan pertukaran nama kementerian.

Dua kementerian yang bertukar nama adalah Kementerian Pertanian dan Perikanan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) sementara, Menteri Pembangunan Perindustrian dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika mengumumkan perubahan nama kementerian itu berkata, Kabinet meluluskan perubahan tersebut agar fungsi dan peranan kementerian itu menjadi lebih jelas, terutama berkaitan keselamatan makanan dan kepentingan perusahaan kecil dan sederhana.

Beliau berkata, seiring dengan rombakan kerajaan negeri dan penstrukturan Kabinet Persekutuan, kerajaan negeri memutuskan untuk selaraskan peranan setiap ahli Jemaah Kabinet Negeri dengan kementerian di peringkat persekutuan.

Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan berada di bawah bidang kuasa Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di bawah bidang kuasa Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; dan Kementerian Kerja Raya di bawah bidang kuasa Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Shahelmey Yahya.

Sementara, Kementerian Kewangan pula berada di bawah Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Kementerian-kementerian lain pula diletakkan di bawah bidang kuasa menteri berkaitan di peringkat negeri.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengumumkan pelantikan pengerusi penganjur beberapa sambutan dan perayaan di peringkat negeri iaitu Datuk Mohd Arifin Mohd Arif sebagai pengerusi penganjur sambutan Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah dan Hari Raya Aidilfitri manakala, Jeffrey Kitingan dilantik sebagai pengerusi penganjur Pesta Kaamatan.

Turut dilantik ialah Datuk Christina Liew sebagai pengerusi sambutan Hari Malaysia dan Joachim Gunsalam sebagai pengerusi penganjur sambutan Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.