JPJ sita 83 kenderaan warga asing disita

JPJ sita 83 kenderaan warga asing disita

MOHD. Misuari Abdullah (dua dari kiri) memeriksa motosikal roda tiga yang digunakan oleh warga asing di Pejabat JPJ di Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 83 kenderaan yang digunakan oleh warga asing menerusi Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Pewa) di tiga lokasi di sini semalam.

Dalam operasi di Kok Lanas, Melor dan Ketereh di sini yang bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam itu, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak notis saman 186 notis saman terhadap pemandu warga asing dan pemilik kenderaan.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, siasatan mendapati kebanyakan kenderaan yang disita digunakan oleh warga asing berusia 17 tahun hingga 60-an untuk bekerja di sektor pembinaan, menjual besi buruk dan membeli bahan mentah keperluan harian di pasar.

“Berdasarkan maklumat, mereka dipercayai membeli motosikal roda tiga dan motosikal secara ansuran dengan bayaran RM200 hingga RM300 sebulan. Selain itu, ada antara mereka menyewa secara harian daripada orang perseorangan atau majikan pada kadar RM5 hingga RM30.

“Daripada jumlah keseluruhan 83 buah kenderaan yang disita, ia melibatkan sebanyak tiga buah lori, kereta (lapan buah), motosikal roda tiga (11 buah) dan motosikal (69 buah),” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini.

Mohd. Misuari memberitahu, Jabatan Imigresen turut menahan seramai enam lelaki iaitu seorang warga Pakistan dan lima warga Myanmar yang merupakan etnik Rohingya kerana tidak mengemukakan dokumen perjalanan sah dalam operasi itu.

Katanya, selain itu Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI) yang terlibat dalam operasi berkenaan mengeluarkan sebanyak 14 notis kompaun terhadap pemilik premis kerana kesalahan pelesenan.

“Warga asing dan pemilik kenderaan yang dikesan dalam operasi itu gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Bermula 2021 hingga semalam, sebanyak 1,350 notis saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan selain sebanyak 120 kenderaan telah disita dalam tempoh tersebut,” katanya.

Mohd. Misuari berkata, pihaknya mendapati ramai warga asing terutamanya etnik Rohingya dilihat membeli dan menyewa kenderaan milik warga tempatan untuk menjalankan pelbagai aktiviti di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya